KAMPAR: Kerajaan negeri menyasarkan pertambahan jumlah pelancong antarabangsa ke negeri ini menerusi beberapa tarikan pelancongan baharu yang akan diperkenal.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, antara produk pelancongan berkenaan ialah kapal korek warisan negara iaitu Tanjung Tualang Nombor 5 atau TT5 dan Taman Pagar Sesat TT5 dekat sini.
Menurut beliau, usaha Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) bersama pihak swasta menambah nilai kawasan TT5 amat baik dengan menampilkan beberapa tarikan baharu di kawasan tersebut.