IPOH: Kerajaan Perak dijangka menjalinkan kerjasama dengan syarikat terkemuka Korea Selatan, Star Group Industries (SGI) yang berpengalaman dalam penghasilan produk hiliran unsur nadir bumi (REE).
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata syarikat itu dijangka berkunjung ke Perak pada bulan depan di mana butiran lanjut mengenai kerjasama berkenaan akan dibincangkan dalam pertemuan kedua-dua pihak terbabit.