PETALING JAYA: Pemaju hartanah, MK Land Holdings Bhd bekerjasama dengan Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) untuk membangunkan 1,100 unit rumah teres setingkat mampu milik dan pembangunan bercampur di Simpang Pulai, Perak.
Kerjasama itu tercapai menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman(MoU) di antara kedua-dua pihak yang menyaksikan penubuhan syarikat usahasama di antara MK Land dan MB Inc untuk membangunkan projek di kawasan seluas 91.5 hektar di Mukim Teja dan Sungai Raya.
Di bawah projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM700 juta itu, sebanyak 2,400 unit rumah termasuk 1,100 unit rumah teres setingkat mampu milik dan 200 kedai akan dibangunkan secara berperingkat yang dijangka mengambil masa sehingga sembilan tahun untuk disiapkan sepenuhnya.