DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Perasmian Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR Orang Asli) Nurul Hidayah, Sungai Siput (U)
Hadir sama, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak; serta para ketua jabatan negeri dan persekutuan.
Semasa majlis, DYMM Tuanku telah berkenan menyempurnakan lafaz perasmian, seterusnya berkenan menandatangani plak sebagai simbolik pelancaran rasmi, sebelum berkenan melawat ruang pameran sambil berangkat menyantuni para pelajar SMAR Nurul Hidayah.
Penubuhan SMAR Nurul Hidayah ini menjadikannya sebagai sekolah menengah agama rakyat Orang Asli pertama di Malaysia yang tertumpu khusus kepada usaha melahirkan generasi Orang Asli yang seimbang dalam semua aspek kehidupan.
Diharapkan penubuhan sekolah ini dapat menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih ramai anak Orang Asli yang cemerlang dalam bidang akademik dan agama, sekaligus menyumbang kepada kemajuan masyarakat dan Negeri Perak amnya.
Kredit Foto : Unit Komunikasi Pejabat YAB Menteri Besar Perak