YAB Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Menteri Besar Incorporated (Perak), Dato' Seri Saarani Mohamad telah mengetuai Mesyuarat Lembaga Pengurusan MB Inc. Perak Bil. 2 Tahun 2026.
Hadir sama, YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin; Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak, Dato' Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip; serta Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak.
Mesyuarat ini memfokuskan perbincangan terhadap penyelarasan hala tuju strategik serta perkembangan terkini pelaksanaan MB Inc. Perak dalam memacu pertumbuhan ekonomi negeri, khususnya bagi sektor industri mineral.
Turut dibincangkan hal ehwal pelbagai portfolio perniagaan di bawah kendalian MB Inc. Perak, merangkumi pelaksanaan pelbagai inisiatif transformatif yang dijangka memberikan impak signifikan terhadap kemakmuran ekonomi negeri.
Resolusi dan keputusan yang dipersetujui dalam mesyuarat ini diharap menjadi pemangkin pembangunan holistik Negeri Perak, sekaligus memperkasa taraf kesejahteraan rakyat secara berterusan.