Menteri Besar Incorporated (Perak) turut menyertai Mesyuarat Kontinjen Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Negeri Perak Bil. 1 Tahun 2026 bagi menyelaras hala tuju dan memperkukuh strategi kontinjen negeri dalam merealisasikan agenda pembangunan sukan negeri, baru-baru ini.
Hadir sama ialah YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak merangkap Ketua Kontinjen SUKMA Negeri Perak 2026, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak, Dato’ Khairudin bin Abu Hanipah; serta para ahli Jawatankuasa Pengurusan Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak.
Mesyuarat tersebut turut menyaksikan pembentangan laporan operasi dan prestasi kontinjen sebagai sebahagian daripada persediaan menyeluruh kontinjen negeri, sekaligus membincangkan sasaran pingat yang menjadi aspirasi negeri pada pentas SUKMA 2026 tahun ini.
Dalam kesempatan yang sama, MB Inc. Perak selaku ahli Jawatankuasa Pengurusan MSN Perak turut terlibat secara aktif melalui sesi perbincangan bersama barisan pengurus serta jurulatih pasukan negeri bagi memastikan persediaan berjalan secara holistik menjelang SUKMA 2026.