YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad bersama delegasi negeri telah meneruskan lawatan kerja rasmi ke negara China dengan mengadakan lawatan teknikal ke Taopu Smart City, Shanghai.
Lawatan teknikal ini merupakan sebahagian daripada inisiatif strategik Kerajaan Negeri bagi memperkukuh peranan Ipoh Integrated Operation Centre (IIOC) dalam agenda pembangunan bandar pintar Negeri Perak, sekaligus menjadi titik tolak ke arah penubuhan Perak State Command Centre.
Sepanjang lawatan, delegasi negeri telah mendapat pendedahan menyeluruh berkenaan pelaksanaan pembangunan bandar pintar, merangkumi aspek digital twin, Internet of Things (IoT), sistem command centre serta pengurusan bandar secara masa nyata.
Pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh melalui lawatan ini dijangka memberi nilai tambah yang signifikan kepada MB Inc. Perak dalam mengoptimumkan penggunaan data dan teknologi terkini bagi meningkatkan kecekapan serta keteraturan operasi syarikat.
Semoga segala ilmu dan pengalaman yang telah digarap sepanjang lawatan ini mampu menjadi pemangkin kepada kejayaan agenda pembangunan bandar pintar Negeri Perak yang lebih cekap, moden dan seterusnya memberikan manfaat langsung kepada seluruh lapisan rakyat.
Keedit Foto : Unit Komunikasi Pejabat YAB Menteri Besar Perak