YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad bersama delegasi negeri menzahirkan komitmen kukuh dalam memperluas landasan pelaburan di Negeri Perak menerusi lawatan kerja rasmi ke Shanghai, China.
Tumpuan utama adalah sesi business pitching yang dianjurkan oleh InvestPerak dengan sokongan MIDA Shanghai, mempertemukan delegasi dengan lebih 100 pemain industri dari China bagi membuka ruang peluang pelaburan yang lebih luas.
MB Inc. Perak turut memainkan peranan aktif dengan menyertai perbincangan bersama bagi bertukar idea dan pandangan khususnya berkenaan potensi sektor mineral Negeri Perak, selain mengendalikan reruai pameran sebagai platform kolaborasi kepada para pelabur.
Semoga setiap peluang pelaburan yang berjaya dijalin ini akan membuahkan hasil yang dirasai langsung oleh rakyat Perak, melalui penciptaan peluang pekerjaan, pembangunan infrastruktur dan peningkatan taraf hidup yang menyeluruh.