Menteri Besar Incorporated (Perak) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Pengurusan Pasir Perak Sdn Bhd (3P), sekali lagi memperlihatkan komitmen kukuh dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui sumbangan bekalan pasir kepada Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR), Tambun.
Sumbangan ini, yang disempurnakan bertepatan dengan program Hari Sukan sekolah berkenaan, bertujuan mempertingkatkan infrastruktur padang agar lebih kondusif, selamat dan mesra untuk pelbagai aktiviti sukan serta kokurikulum demi manfaat seluruh warga pelajar.
MB Inc. Perak sentiasa teguh berpegang pada agenda membangun dan menyejahterakan komuniti tempatan, selaras dengan aspirasi negeri dalam memupuk pembangunan modal insan secara inklusif dan mampan demi masa depan generasi yang lebih cemerlang.