Menteri Besar Incorporated (Perak) mengimarahkan Program Kuliah Agama bersama YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad dalam suasana yang penuh bermakna di Masjid Al-Ubudiah, Parit Buntar, malam tadi.
Program yang mendapat sambutan luar biasa daripada warga setempat itu turut diperkayakan dengan kehadiran penceramah jemputan yang dihormati, YBhg. Dato’ Profesor Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah.
Turut hadir dalam program ini ialah YB Ahli-Ahli Ex-Officio Kerajaan Negeri Perak; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak; para Ketua Jabatan Negeri; serta wakil pengurusan kanan MB Inc. Perak.
Menerusi kuliah tersebut, beliau mengajak seluruh hadirin untuk menyelusuri hakikat kehidupan secara lebih mendalam, serentak menyeru agar setiap insan tidak lalai dalam menginsafi diri melalui amalan muhasabah yang berterusan dan ikhlas.
Semoga bicara yang sarat dengan peringatan itu terus menjadi suluh penerang yang mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dalam setiap detik kehidupan, sekaligus menyemai budaya program sebegini bagi memberi manfaat kepada seluruh lapisan masyarakat.