YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad telah menerima kunjungan hormat Duta Besar Perancis ke Malaysia, TYT Marc Abensour dalam satu pertemuan memperkukuh hubungan dua hala antara negeri Perak dengan Perancis.
Kunjungan ini berfokus kepada perkongsian kepakaran melalui pemindahan teknologi dan peningkatan nilai tambah ekonomi negeri, seiring dengan usaha meneroka peluang kerjasama yang lebih luas demi kesejahteraan rakyat.
Turut hadir ialah YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Encik Loh Sze Yee; serta Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak.
Dalam perbincangan tersebut, MB Inc. Perak turut memainkan peranan penting dengan menyumbangkan perspektif komprehensif berkenaan hala tuju dan perkembangan semasa pelaburan industri mineral di negeri Perak.
Pertemuan ini diharapkan menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama strategik yang saling menguntungkan, sekaligus membuka lebih banyak ruang pelaburan dan kolaborasi bersama pada masa hadapan.
Kredit Foto : Unit Komunikasi Pejabat YAB Menteri Besar Perak