Menteri Besar Incorporated (Perak) telah turut serta mengimarahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad yang berlangsung dengan penuh meriah dan kesyukuran di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Lenggong, hari ini.
Majlis ini menyerlahkan semarak Aidilfitri dalam meraikan kemenangan setelah sebulan menunaikan ibadah puasa, sekaligus mencerminkan kefahaman yang mendalam bahawa teras Aidilfitri terletak pada keutuhan tali silaturahim yang mempererat hubungan sesama insan.
Turut hadir ialah YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jen. Dato' Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara); YB Ahli-Ahli Ex-Officio Kerajaan Negeri Perak; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak; serta Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak.
Majlis yang menjadi lambang semangat perpaduan ini turut menyaksikan kehadiran barisan pentadbiran Kerajaan Negeri berserta wakil-wakil Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri, sekaligus menggambarkan komitmen bersepadu seluruh jentera pentadbiran dalam memupuk dan mengukuhkan ikatan yang erat antara kepimpinan dan rakyat.
Semoga majlis yang berlangsung dengan penuh kesederhanaan dan rasa syukur ini terus menjadi wahana yang berkesan dalam mempererat hubungan antara pemimpin dan rakyat, selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri yang sentiasa mengutamakan kemakmuran dan kesejahteraan seluruh lapisan masyarakat.
Kredit Foto : Unit Komunikasi Pejabat YAB Menteri Besar Perak