Kerajaan Negeri Perak terus teguh dalam komitmennya memperkasakan kesejahteraan rakyat melalui penganjuran Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 2 Tahun 2026 yang diketuai sendiri oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad.
Program yang diilham dan dirangka oleh YAB Menteri Besar Perak ini merupakan platform strategik bagi masyarakat setempat untuk menyuarakan isu-isu semasa, mengemukakan cadangan serta mendapatkan maklum balas secara terus daripada barisan pentadbiran Kerajaan Negeri.
Turut hadir ialah YB Ahli-Ahli Ex-Officio Kerajaan Negeri Perak; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak; Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak; serta para Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.
Dalam program yang sama, MB Inc. Perak turut menyertai secara aktif bagi menyokong usaha Kerajaan Negeri dalam menangani isu-isu berkaitan, sekaligus menyediakan perkhidmatan Lori Jualan Sejahtera Rakyat (JSR) sepanjang program berlangsung.
Program ini bukan sahaja berjaya membuka ruang komunikasi yang bermakna antara rakyat dan pimpinan negeri, bahkan turut memastikan rakyat Perak menikmati akses yang mudah kepada barangan keperluan harian pada harga yang berpatutan dan mampu milik.
Melalui inisiatif murni seperti ini, MB Inc. Perak yakin rakyat akan terus merasai manfaat yang nyata dalam kehidupan seharian mereka, selaras dengan aspirasi bersama untuk memacu kemakmuran dan memartabatkan kesejahteraan seluruh warga Perak.