Menteri Besar Incorporated (Perak) hadir sebagai pembentang dalam Mesyuarat Penyelarasan Pemantauan Projek Pembangunan Bagan Datuk yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Diraja Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini.
Mesyuarat tersebut bertujuan memastikan setiap projek dan inisiatif di negeri Perak, khususnya kawasan Bagan Datuk dipantau secara berterusan serta dilaksanakan dengan tersusun mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
MB Inc. Perak yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, membentangkan perkembangan Projek Bagan Datuk International Fishery Industrial Park (BDIFIP), iaitu sebuah pusat industri perikanan bertaraf antarabangsa yang berpotensi mengubah landskap ekonomi negeri Perak.
Kerjasama dan peranan strategik antara kementerian, agensi, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta semua pihak amat diharapkan bagi memacu dan menjayakan seluruh agenda pembangunan yang dirancang demi faedah rakyat setempat.