Menteri Besar Incorporated (Perak) telah menghadiri State Leadership Retreat 2026 bagi memperkasakan hala tuju strategik Pelan Perak Sejahtera 2030 dan menggarap fokus utama sebagai teras penggerak kecemerlangan pentadbiran Kerajaan Negeri Perak pada tahun 2026.
Program yang diketuai oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad ini merangkumi pembentangan komprehensif dan perbincangan interaktif antara barisan kepimpinan pentadbiran Kerajaan Negeri bagi memantapkan perancangan strategik dan kesepaduan pelaksanaan dasar.
Turut hadir ialah YB Ahli-Ahli Ex-Officio Kerajaan Negeri Perak; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak; Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak; serta para Ketua Jabatan dan Agensi Negeri.
Fokus utama sepanjang retreat ini tertumpu kepada analisis pencapaian, penanganan cabaran dalam pelaksanaan pelbagai inisiatif pembangunan negeri sepanjang tahun 2025 serta penjaminan keselarasan dalam pelaksanaan dasar dan program di peringkat negeri.
Segala usaha kolektif seluruh jentera pentadbiran Kerajaan Negeri dalam menyumbang maklum balas dan perbincangan konstruktif pada retreat ini diharapkan dapat terus memberi impak positif kepada kesejahteraan rakyat, sejajar dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030.
Kredit Foto : Unit Komunikasi Pejabat YAB Menteri Besar Perak