YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad memimpin barisan kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri Perak dalam Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 8 Tahun 2025, hari ini.
Program yang dianjurkan kali ini telah menerima sebanyak 185 aduan daripada masyarakat setempat yang tampil bagi menyuarakan isu-isu semasa, mengemukakan cadangan penambahbaikan, serta memperoleh maklumat secara terus daripada Kerajaan Negeri.
Turut hadir ialah YB Ahli-Ahli Ex-Officio Kerajaan Negeri Perak; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak; Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak; serta para Ketua Jabatan dan Agensi Negeri dan Persekutuan.
Program ini berjaya mewujudkan platform dinamik yang berfungsi sebagai wadah komunikasi berkesan antara rakyat dan pemimpin negeri, sekaligus mengukuhkan lagi hubungan erat yang sedia terjalin melalui dialog yang konstruktif dan berfokuskan penyelesaian.
Melalui inisiatif berterusan Kerajaan Negeri seumpama ini, rakyat terus merasai manfaat yang signifikan dalam kehidupan seharian mereka, selaras dengan visi dan misi merealisasikan Perak Sejahtera 2030 ke arah mensejahterakan seluruh rakyat negeri ini.