Menteri Besar Incorporated (Perak) turut serta secara aktif dalam Program Integriti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak bersama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri Tahun 2025, baru-baru ini.
Program anjuran SPRM Negeri Perak ini memperlihatkan kesungguhan berterusan dalam memantapkan budaya integriti di kalangan entiti korporat negeri melalui pendekatan strategik yang komprehensif dan berfokus.
Hadir sama, Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Negeri Perak, Tuan Jaafar bin Tajudin; Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Perak, Tuan Mohd Syahrul Ridzuan bin Yahya; Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak; serta Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri Perak.
Inisiatif ini direka khusus bagi mengukuhkan tadbir urus berintegriti dalam kalangan GLC Perak sambil memperluas jaringan kerjasama dan persefahaman strategik antara semua pihak berkepentingan yang terlibat dalam agenda anti-rasuah negeri.
Komitmen bersama ini diharap terus diperkasa menerusi pelbagai program susulan yang bakal dilaksanakan bagi memastikan agenda integriti kekal relevan, berkesan dan menjadi teras pembangunan negeri Perak yang berdaya saing dan progresif.