Menteri Besar Incorporated (Perak) telah menghadiri Majlis Makan Malam bersama YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad, dalam suasana penuh keakraban yang menyemarakkan semangat kebersamaan dan komitmen perkhidmatan awam.
Majlis ini diadakan khusus bagi merapatkan silaturahim dan menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan pegawai tinggi anak Perak yang kini berkhidmat dengan dedikasi tinggi di pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri, serta sentiasa bersedia menyumbang kepada kemajuan dan kemakmuran negeri tercinta.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Hj. Abdul Aziz; Ketua Polis Negara, YDH IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid bin Hj. Ismail; YB Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak; YB Ahli-Ahli Ex-Officio Kerajaan Negeri Perak; serta YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak.
Melalui pertemuan ini, satu jaringan hubungan strategik telah terbina bagi memupuk persaudaraan profesional yang berperanan sebagai jambatan kukuh antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, sekaligus memastikan setiap dasar dan inisiatif pembangunan dilaksanakan secara menyeluruh.
Semoga jaringan kolaborasi seumpama ini terus membawa manfaat besar kepada kesejahteraan rakyat Perak secara holistik, di mana dengan kerjasama erat dan persefahaman jitu antara semua pihak, Perak pasti akan terus mara ke arah pencapaian yang lebih gemilang untuk generasi masa kini dan akan datang.
Kredit Foto : Unit Komunikasi Pejabat YAB Menteri Besar Perak