YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad memimpin barisan kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri Perak dalam Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 7 Tahun 2025 yang berlangsung di Dewan KPTM Ipoh, Meru.
Program yang dianjurkan kali ini telah menerima sebanyak 167 aduan daripada masyarakat setempat yang tampil untuk menyuarakan isu-isu semasa, mengemukakan cadangan penambahbaikan, serta memperoleh maklumat secara langsung daripada Kerajaan Negeri.
Turut hadir dalam program ini ialah YB Ahli-Ahli Ex-Officio Kerajaan Negeri Perak, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Pengurus Besar Kanan MB Inc. Perak; serta para Ketua Jabatan dan Agensi Negeri dan Persekutuan.
Program ini berjaya mewujudkan platform dinamik yang berfungsi sebagai wadah komunikasi berkesan antara rakyat dan pemimpin negeri, sekaligus memantapkan hubungan erat yang sedia terjalin.
Melalui usaha dan inisiatif berterusan Kerajaan Negeri menerusi program sebegini, rakyat dapat terus merasai manfaat yang signifikan, selaras dengan visi dan misi merealisasikan Perak Sejahtera 2030 ke arah memakmurkan dan mensejahterakan seluruh rakyat negeri ini.