Menteri Besar Incorporated (Perak) telah menyambut kedatangan empat graduan cemerlang di bawah Program Biasiswa Perak Corporate Leadership Apprentice Scheme (CLAS) yang telah berjaya menamatkan pengajian Sarjana Muda mereka di universiti-universiti tempatan terkemuka, baru-baru ini.
Keempat-empat graduan ini telah memulakan perjalanan kerjaya profesional mereka melalui program Management Trainee di MB Inc. Perak pada 2 September 2025, menandakan pencapaian signifikan dalam usaha membangunkan modal insan berkualiti tinggi bagi negeri Perak.
Para graduan yang terlibat ialah:
Mohammad Amir Haziq bin Mohd Nor – Sarjana Muda Kewangan Islam dengan Kepujian
Muhamad Rai-yan bin Mohamad Hatta – Sarjana Muda Kejuruteraan Sumber Mineral dengan Kepujian
Arvin Raj A/L Harithas – Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik
Farah Husna binti Abd Nasir – Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian
Program CLAS yang dilancarkan oleh MB Inc. Perak merupakan inisiatif strategik untuk melahirkan pemimpin korporat masa depan yang berkaliber tinggi. Melalui program ini, pelajar terpilih bukan sahaja memperoleh peluang melanjutkan pengajian dengan sokongan biasiswa penuh, malah turut dijamin peluang kerjaya cemerlang dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.
Kejayaan Program CLAS ini membuktikan komitmen teguh MB Inc. Perak dalam melabur ke atas pembangunan modal insan tempatan yang berkualiti tinggi. Inisiatif ini sekaligus menyokong aspirasi Perak Sejahtera 2030 dalam melahirkan generasi muda yang berdaya saing sambil tetap berakar umbi dengan nilai-nilai tempatan.