Menteri Besar Incorporated (Perak) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak mengukuhkan kerjasama strategik melalui penganjuran perlawanan persahabatan badminton yang berlangsung di Arena Badminton YMCA, Ipoh, baru-baru ini.
Acara ini turut disertai oleh Ts. Haji Zul Helmi Ghazali selaku wakil pengurusan MB Inc. Perak, bersama-sama wakil warga kerja daripada MB Inc. Perak dan JPS Perak.
Perlawanan persahabatan ini mencerminkan komitmen bersama kedua-dua organisasi dalam memperkasa hubungan profesional dan interpersonal melampaui persekitaran kerja formal, sekaligus memupuk semangat kesukanan dan mempererat silaturahim dalam kalangan warga kerja.
MB Inc. Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang mencurahkan komitmen dalam merealisasikan inisiatif sebegini, sekaligus dapat meningkatkan prestasi dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan awam di negeri Perak.