DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Keberangkatan Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku diiringi oleh DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa dan DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah.
Majlis turut dihadiri, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad; YB Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak, Dato’ Mohammad Zahir bin Dato’ Abdul Khalid; YB Ahli-Ahli Ex-Officio Kerajaan Negeri Perak; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak; Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak; serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.
Sebelum itu, DYMM Tuanku telah berkenan berangkat menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar bersama lebih 1,000 jemaah yang terdiri daripada barisan pentadbiran Kerajaan Negeri dan masyarakat setempat. Seusai menunaikan solat, DYMM Tuanku seterusnya berkenan berangkat menziarahi Makam DiRaja di Bukit Chandan.
Majlis Ramah Mesra Aidilfitri ini bukan sahaja menggambarkan kemurnian tradisi, malah turut memperkukuhkan hubungan antara institusi beraja dengan rakyat serta pentadbiran Kerajaan Negeri, sekaligus menjadi lambang perpaduan dan kesyukuran dalam menyambut kehadiran Syawal yang