Menteri Besar Incorporated (Perak) baru-baru ini menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama agensi-agensi Kerajaan Negeri sebagai platform meraikan dan mempererat hubungan dengan para pemegang taruh strategik.
Majlis tersebut merupakan manifestasi penghargaan MB Inc. Perak terhadap sokongan padu dan kerjasama erat daripada pelbagai pihak dalam menjayakan agenda pembangunan negeri secara holistik.
Hadir sama ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) merangkap Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN); Puan Halizah binti Sipun; Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak, TPr Gs Mohamed Zamri Mohd Zain; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Dr. Sakduddin Zamli; serta Encik Kamarulariffin Haji Ayub selaku wakil pengurusan MB Inc. Perak.
Pelbagai agensi utama Kerajaan Negeri turut hadir menyantuni majlis, antaranya Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Alam Sekitar (JAS), dan agensi-agensi berkaitan yang lain.
MB Inc. Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pemegang taruh yang hadir menjayakan majlis. Insiatif sebegini diharap akan terus menjadi pemangkin hubungan yang lebih akrab, saluran komunikasi yang lebih telus, serta landasan kolaborasi yang lebih berdaya saing demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama.