Menteri Besar Incorporated (Perak) telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama Bahagian Penguatkuasaan dan Teknikal, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak baru-baru ini.
Majlis tersebut diadakan sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen, dedikasi, dan profesionalisme para pegawai serta warga kerja dalam memastikan pengurusan tanah negeri Perak kekal cekap, telus, dan berintegriti.
Hadir sama, Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Teknikal PTG Perak, Encik Mohd Hidhayat Mansor; Encik Kamarulariffin bin Ayub, selaku wakil pengurusan MB Inc. Perak; serta wakil-wakil pegawai daripada anak syarikat MB Inc. Perak, Pengurusan Pasir Perak Sdn. Bhd. dan Amanjaya Natural Resources Sdn. Bhd.
Dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan, majlis ini bukan sekadar kesempatan untuk berbuka puasa bersama, tetapi juga lambang penghargaan terhadap usaha gigih warga kerja serta pemangkin kepada kolaborasi yang lebih erat dan produktif.
Semoga inisiatif ini terus menyemarakkan semangat kebersamaan dan nilai-nilai integriti dalam perkhidmatan kepada rakyat, selaras dengan visi pembangunan negeri Perak yang mampan dan progresif.