YAB Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi MB Inc. Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad, telah mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengurusan Menteri Besar Incorporated (Perak) Bil. 1 Tahun 2025 yang telah berlangsung di Bilik Mesyuarat YAB Menteri Besar Perak, baru-baru ini.
Sebagai mesyuarat pertama tahun ini, ia menjadi platform perbincangan strategik bagi memperkasakan pelan hala tuju MB Inc. Perak. Tumpuan utama tertumpu kepada pemantapan pembangunan industri mineral negeri serta pelbagai inisiatif strategik yang berpotensi memberikan impak signifikan terhadap pertumbuhan ekonomi negeri.
Dalam mesyuarat tersebut, YAB Menteri Besar Perak turut merakamkan ucapan tahniah atas pencapaian cemerlang dan pengiktirafan yang diraih oleh MB Inc. Perak sepanjang tahun 2024, yang secara langsung menyumbang kepada kecemerlangan negeri.
Resolusi dan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat ini diharap akan menjadi pemangkin kepada pembangunan holistik negeri Perak. Semoga tahun 2025 akan terus menyemarakkan keazaman dan semangat MB Inc. Perak dalam melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab, sekaligus menyumbang kepada kesejahteraan rakyat Perak.