Terra Mineral Lab Sdn. Bhd. (TML), anak syarikat milik penuh Menteri Besar Incorporated (Perak), telah menjalani pemeriksaan pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak, baru-baru ini.
Skop pemeriksaan merangkumi penilaian terhadap Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 dan Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.
Hasil pemeriksaan menunjukkan TML telah mencapai pematuhan penuh terhadap semua keperluan yang ditetapkan. Pencapaian ini membuktikan komitmen dan dedikasi TML dalam memastikan operasi dijalankan secara profesional dan bertanggungjawab, sejajar dengan standard tertinggi industri.
MB Inc. Perak merakamkan penghargaan kepada pegawai JAS Perak yang terlibat - Pegawai Kawalan Alam Sekitar Kanan, Encik Mohammed Mustafa Kamal Ramli, dan Penolong Jurutera, Encik Zakaria Ismail, atas profesionalisme dan bimbingan sepanjang proses pemeriksaan.
Pencapaian cemerlang ini diharap akan memacu TML untuk terus menerajui pembangunan industri NR-REE sebagai makmal analisis NR-REE komersial pertama di Malaysia, sambil mengutamakan amalan terbaik demi kelestarian alam sekitar.