Menteri Besar Incorporated (Perak) mengukuhkan komitmennya dalam pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui sumbangan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Warga Miskin, Pusat Jagaan Budi Mulia Nurul Huda, Chemor, baru-baru ini.
Sumbangan berbentuk batu kapur jenis "crusher run" ini bertujuan menaik taraf infrastruktur padang yang akan dijadikan kawasan letak kenderaan sempena majlis perasmian kompleks tersebut yang dijadualkan berlangsung pada Januari ini.
Majlis penyerahan sumbangan disaksikan oleh Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Warga Miskin, Haji Shaharudin Razali; Puan Zaharatul Nazihah, selaku wakil pengurusan MB Inc. Perak; serta pegawai-pegawai dari MB Inc. Perak.
Inisiatif ini merupakan bukti komitmen berterusan MB Inc. Perak dalam menyantuni masyarakat setempat, sekaligus memastikan keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan kesejahteraan sosial.
Sumbangan ini diharap dapat memberikan manfaat kepada komuniti Pusat Jagaan Budi Mulia Nurul Huda dan menyokong usaha murni mereka dalam membantu golongan yang memerlukan.