Sekitar Program Memancing Perak Sejahtera 2030 bersama YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad telah berlangsung dengan jayanya di Taman Herba Negeri Perak, Gopeng, hari ini.
Penganjuran program ini selari dengan aspirasi Kerajaan Negeri untuk membentuk persekitaran yang harmoni dan sejahtera menjelang tahun 2030, serta menggalakkan aktiviti riadah yang bermanfaat dalam kalangan rakyat Perak.
Program ini mencatatkan sambutan memberangsangkan apabila menarik penyertaan seramai 120 peserta, termasuk barisan pentadbiran Kerajaan Negeri.
Hadir sama memeriahkan program ialah kehadiran barisan Ex-Officio Kerajaan Negeri Perak, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak, serta Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Negeri.
Inisiatif sebegini berperanan penting dalam memupuk gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat Perak, sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk melahirkan masyarakat yang sihat dari aspek fizikal dan mental.