Menteri Besar Incorporated (Perak) telah menghadiri Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13) yang berlangsung di Hotel Casuarina @ Meru, baru-baru ini.
Inisiatif strategik ini merupakan usaha Kementerian Ekonomi bagi mendapatkan input dan maklumbalas daripada Kerajaan Negeri Perak bagi merangka pembangunan negeri selama 5 tahun bermula pada tahun 2026.
Sesi townhall tersebut telah dihadiri oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad dan YB Menteri Ekonomi, Tuan Rafizi Ramli selaku panel kehormat.
Sesi libat urus ini bertujuan membentangkan kerangka menyeluruh RMKe-13 kepada pihak berkepentingan, serta menghimpun maklum balas dan cadangan bernas daripada pemegang taruh di peringkat negeri. Kesemua input ini akan dimanfaatkan dalam pembentukan strategi pembangunan RMKe-13 yang akan dilaksanakan mengikut Rolling Plan 1 hingga Rolling Plan 5.
Sesi tersebut turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, YBhg. Dato' Nor Azmie bin Diron; YB Yang di-Pertua Dewan Negeri, Dato' Mohammad Zahir bin Dato' Mohd Khalid; barisan Ex-Officio Kerajaan Negeri Perak; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO); Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak; serta Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Negeri dan Persekutuan.
Melalui sinergi ini, diharapkan agenda pembangunan negeri Perak dapat direalisasikan dengan lebih berkesan dan cemerlang, sejajar dengan matlamat RMKe-13 yang telah digariskan.