Sekitar Mesyuarat Lembaga Pengurusan Menteri Besar Incorporated (Perak) Bil. 3/2024 yang telah dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad merangkap Pengerusi MB Inc. Perak, baru-baru ini.
Fokus utama mesyuarat tertumpu kepada agenda pemerkasaan pembangunan industri mineral negeri, khususnya mineral NR-REE di Perak. Perbincangan turut merangkumi pelbagai inisiatif strategik yang berpotensi memberikan impak signifikan terhadap pertumbuhan ekonomi negeri.
Hadir sama ialah YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin; Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri, YBhg. Dato’ Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip; Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak, Encik Anuar Zainal Abidin; serta barisan Pengurusan Kanan MB Inc. Perak.
Resolusi dan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat ini diharap akan menjadi pemangkin kepada pembangunan holistik negeri Perak, sekaligus meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat negeri.