Menteri Besar Incorporated (Perak) telah menerima lawatan kerja daripada kumpulan penyelidik Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Ibu Pejabat MB Inc. Perak, baru-baru ini.
Lawatan tersebut memberi tumpuan kepada potensi jalinan kerjasama yang ditawarkan oleh pihak kumpulan penyelidik berkaitan projek penyelidikan unsur nadir bumi (REE). Projek ini merupakan sebuah projek penyelidikan kolaboratif yang tertumpu kepada penggunaan REE yang diperoleh daripada proses Ion Adsorption Clay (IAC) untuk pembangunan produk nilai tambah.
Kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Pengarah Institut Tenaga dan Sumber Lestari (ISER) UTP, Prof. Madya. DR. Syahrir Ridha, telah disambut mesra oleh Encik Mohd Ridzuan Marsidi dan Ts. Hj. Zul Helmi Ghazali, selaku wakil pengurusan MB Inc. Perak, serta barisan penyelidik UTP.
Sebagai peneraju industri REE di negara ini, MB Inc. Perak bersedia menjadi pusat rujukan utama untuk pemain industri dan ahli akademik yang akan bersama-sama menyumbang kepada pembangunan sektor mineral baharu ini. Diharapkan industri REE akan terus dipacu sehingga ke peringkat hiliran, seterusnya menjadi salah satu sektor ekonomi terpenting negara.