Prihatin terhadap keselamatan warga kerjanya, Menteri Besar Incorporated (Perak) telah menganjurkan satu ceramah khusus bertajuk "Pemanduan dan Tunggangan Berhemah serta Pencegahan Kemalangan Jalan Raya". Ceramah ini telah disampaikan oleh Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perak, Encik Mohamad Norazlee Mohd Radzi.
Intipati ceramah ini berkisar tentang kesedaran keselamatan jalan raya dengan memberi penekanan kepada beberapa aspek penting, termasuklah tunggangan motosikal yang selamat, pemanduan kereta yang berhemah, serta langkah-langkah pencegahan kemalangan jalan raya.
Turut hadir dalam sesi ceramah tersebut ialah Puan Nurul Zafirah Zakaria selaku wakil pengurusan MB Inc. Perak, bersama-sama barisan warga kerja syarikat.
Usaha ini mencerminkan komitmen MB Inc. Perak dalam memupuk budaya keselamatan yang holistik, bukan sahaja di tempat kerja tetapi juga meliputi aspek kehidupan seharian warga kerjanya.
Menerusi sesi ceramah ini, diharapkan setiap warga kerja MB Inc. Perak akan lebih peka terhadap tanggungjawab bersama dalam menjaga keselamatan jalan raya. Kesedaran ini diharap dapat membantu mengurangkan kes kemalangan jalan raya, sekaligus menyelamatkan banyak nyawa yang tidak ternilai.