Menteri Besar Incorporated (MB Inc.) Perak telah menerima kunjungan hormat daripada Pasukan Sepak Takraw Negeri Perak, Perak Bison. Delegasi ini diketuai oleh Presiden Persatuan Sepak Takraw Perak Darul Ridzuan (PERSEDAR), YBhg. Dato' Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara Perak Bison dan MB Inc. Perak selaku rakan strategik bagi sukan sepak takraw negeri.
Turut hadir dalam sesi kunjungan hormat tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak, Encik Anuar Zainal Abidin; Pengurus Pasukan Perak Bison, Encik Jaffrey Mohd Zainol; Ketua Jurulatih Pasukan Perak Bison, Encik Mohd Dzafril bin Anuar; serta barisan pemain Pasukan Perak Bison.
Sempena kunjungan ini, MB Inc. Perak turut menyuntik semangat juang kepada pasukan Perak Bison dan berharap agar pasukan ini dapat melakar kejayaan dalam Saingan Liga Premier Emas Anuar Sepak Takraw League (STL) 2024 bagi Grand Prix (GP) Perak yang akan berlangsung dari 9 hingga 13 Oktober 2024.