YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad, mengetuai Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Siri Ke-7 yang telah berlangsung di Stadium Indera Mulia, baru-baru ini.
Program ini, yang menghimpunkan pelbagai agensi dan jabatan kerajaan, terus berada di landasan yang tepat dalam usaha membantu rakyat dengan mengambil maklum permasalahan dan kebimbangan mereka tanpa sebarang prejudis. Mekanisme sebegini merupakan langkah proaktif untuk meyakinkan rakyat akan kewibawaan sistem pentadbiran yang dijalankan oleh barisan jentera kerajaan negeri.
Turut hadir dalam program tersebut ialah YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin; barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO); Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak, Encik Anuar Zainal Abidin; serta para Ketua Jabatan dan Agensi Negeri.
Medan komunikasi dua hala seperti ini bertujuan untuk menyantuni rakyat. Ia juga penting bagi pihak Kerajaan Negeri dalam memastikan pentadbiran negeri selaras dengan usaha menjamin kesejahteraan rakyat.
MB Inc. Perak merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang hadir pada program ini dan berharap agar hubungan baik ini dapat terus diperkukuhkan demi merealisasikan hasrat “Perak Makmur, Rakyat Sejahtera”.