Pasukan sepaktakraw SUKMA Perak mencatat kejayaan cemerlang dengan menewaskan wakil Wilayah Persekutuan dalam perlawanan Separuh Akhir acara Beregu Lelaki di Stadium Muhibbah, Bintulu, Sarawak. Kemenangan ini melayakkan mereka ke pusingan Akhir untuk menentang pasukan Sabah pada petang ini.
Kejayaan pasukan Perak turut disaksikan oleh Naib Presiden Persatuan Sepaktakraw Perak (PERSEDAR), Encik Rizam Abd Rani, yang hadir bersama barisan penyokong negeri Perak dan MB Inc. Perak untuk memberikan sokongan padu kepada para atlet.
Semoga pasukan sepaktakraw SUKMA Perak berjaya meraih pingat emas dalam acara ini. Tahniah dan selamat maju jaya !
Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 - Pasukan Sepaktakraw Negei Perak