Menteri Besar Incorporated (Perak) komited meneruskan tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui anak syarikatnya, Pengurusan Pasir Perak Sdn. Bhd. (3P), dengan menyampaikan sumbangan pasir sungai kepada Sekolah Kebangsaan Chepor, hari ini.
Sumbangan pasir tersebut akan digunakan untuk menambah baik struktur padang sekolah. Ini bertujuan memastikan padang tersebut siap sebagai lokasi utama berlangsungnya temasya sukan tahunan sekolah yang akan diadakan pada bulan September nanti.
Ts. Haji Zul Helmi Ghazali, selaku wakil Pengurusan MB Inc. Perak, turut hadir bersama barisan pegawai MB Inc. Perak untuk menyampaikan sumbangan berkenaan.
Diharapkan usaha murni sebegini dapat memberi impak positif, terutamanya dari segi keselesaan murid semasa melakukan aktiviti sukan di padang.
Justeru, inisiatif ini diharap dapat melahirkan murid yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah aktif dan cergas dalam bidang kokurikulum.