YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Puan Sandrea Ng Shy Ching; Pegawai Daerah Larut, Matang dan Selama, Tuan Mohd Nasrul bin Menhat; serta MB Inc. Perak, telah hadir memberikan sokongan padu kepada pasukan sepak takraw SUKMA Perak, bagi acara double dan quadrant di Stadium Muhibbah, Bintulu Sarawak, baru-baru ini.
Dengan kemenangan bergaya dan cemerlang, pasukan ini mengungguli kumpulan mereka, sekaligus melayakkan diri ke peringkat suku akhir bagi kedua-dua acara tersebut.
MB Inc. Perak, selaku agensi angkat dan rakan strategik sukan sepak takraw, berbangga dengan pencapaian membanggakan ini. Pihak MB Inc. Perak turut mendoakan agar pasukan sepak takraw SUKMA Perak dapat mengharumkan nama negeri dengan meraih pingat emas.
Tahniah dan syabas !