Sekitar Sesi Taklimat Kemasukan Pelajar Baharu bagi Program Perak Corporate Leadership Apprentice Scheme (CLAS) MB Inc. Perak telah berlangsung di Ibu Pejabat Menteri Besar Incorporated (Perak), baru-baru ini.
Taklimat tersebut memberi tumpuan kepada penerangan mengenai visi program dan pelan pembangunan kerjaya. Ia merangkumi pelbagai kursus yang ditawarkan kepada para penerima biasiswa program, antaranya kursus kecekapan kepimpinan yang dinamik, kursus komunikasi berimpak tinggi, kursus pembentangan profesional yang responsif dan berkesan, serta kursus bahasa Inggeris tahap tinggi.
Program CLAS MB Inc. Perak dilancarkan sebagai salah satu inisiatif di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR) MB Inc. Perak. Ia bertujuan membantu para pelajar terpilih dari segi pemberian biasiswa, pelan pembangunan kerjaya, dan penyediaan tempat latihan industri. Usaha ini bertujuan melengkapkan para pelajar dengan ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk melahirkan generasi pemimpin hebat yang akan memacu pentadbiran dan pembangunan negara pada masa hadapan.
Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat MB Inc. Perak, Encik Rizam Abd Rani; Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran MB Inc. Perak, Puan Nurul Zafirah Zakaria; serta barisan wakil pegawai daripada Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran MB Inc. Perak.
Tahniah diucapkan kepada tiga penerima biasiswa baharu program ini :
1. Firas Firdaus Izhar Abadi (Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian, Universiti Sultan Azlan Shah)
2. Jasneek Kaur Suwaran Singh (Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dengan Kepujian, Universiti Malaya)
3. Mathurambiga Maniom (Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dengan Kepujian, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah)
Dengan penambahan ini, jumlah keseluruhan penerima biasiswa program CLAS kini mencecah sembilan (9) orang. Tahniah !