Fakulti Komunikasi dan Industri Kreatif, Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT), Kampus Perak, telah menganjurkan program “Enhancing Corporate Communication : Insights and Strategies from Industry Experts” baru-baru ini.
Menteri Besar Incorporated (Perak), melalui Komunikasi Korporat Strategik MB Inc. Perak, telah dijemput sebagai wakil industri untuk program tersebut. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai gaya pengurusan komunikasi korporat dalam dunia industri sebenar.
Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Kampus TAR UMT, Dr. Joanne Yim Sau; Ketua Program, Puan Zaharatul Mardhiah Azizul; serta barisan pegawai Komunikasi Korporat Strategik MB Inc. Perak.
Intipati program ini berkisar tentang gerak kerja, kemahiran, dan pengalaman yang dikongsi oleh barisan wakil daripada Komunikasi Korporat Strategik MB Inc. Perak. Program ini juga membuka ruang kepada para pelajar melalui sesi soal jawab untuk membantu mereka merangka pelan pembangunan kendiri.
MB Inc. Perak mengucapkan selamat maju jaya kepada para pelajar. Diharapkan perkongsian sebegini dapat memberi nilai tambah kepada pengetahuan para pelajar dan membantu mereka mengaplikasikan teori dan praktikal dalam bidang komunikasi korporat.