Buat sekalian kalinya, Menteri Besar Incorporated (Perak) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah mengadakan perbincangan berkenaan perkembangan terkini pembangunan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di negeri Perak.
Turut hadir dalam perbincangan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak, Encik Anuar Zainal Abidin, bersama barisan Pengurusan Kanan dari MOF dan MB Inc. Perak.
Dalam sesi secara dalam talian, kedua-dua pihak telah berdiskusi secara terperinci kemajuan projek NR-REE serta strategi untuk mengembangkan industri ini bukan sahaja di peringkat huluan malahan peringkat pertengahan dan hiliran. Langkah ini sekaligus berpotensi menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri Perak.
Antara topik utama yang dibincangkan termasuklah kaedah terkini yang digunapakai dalam pengekstrakan NR-REE, potensi pelaburan di peringkat pertengahan dan hiliran serta strategi jangka panjang untuk memperkukuh industri NR-REE di Malaysia.
Perbincangan ini membuktikan ketelusan dan kesungguhan MB Inc. Perak selaku peneraju industri NR-REE di negeri Perak dalam menjayakan agenda Perlombongan Bertanggungjawab di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030.