Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri Ke-5 Tahun 2024 telah berlangsung baru-baru ini di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Siri bulanan yang diketuai oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad, berjaya menyediakan 68 kaunter aduan daripada pelbagai agensi Kerajaan Negeri. Objektif utama program ini adalah untuk mendengar suara rakyat secara langsung, membolehkan penyelesaian segera dan efisien terhadap isu-isu yang dibangkitkan.
Turut hadir dalam program tersebut ialah YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin; barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO); Pengurus Besar Kanan MB Inc. Perak, Encik Kamarulariffin bin Ayub; serta barisan Ketua Agensi dan Jabatan Negeri.
Diharapkan usaha jentera pentadbiran negeri Perak melalui program sebegini dapat memberi manfaat kepada rakyat, seterusnya memastikan kemajuan ekonomi negeri bergerak seiring dengan peningkatan kesejahteraan rakyatnya.