Terra Mineral Lab (TML) telah mengadakan lawatan kerja teknikal ke Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) di Universiti Sains Malaysia (USM), baru-baru ini.
Lawatan kerja tersebut dihadiri oleh wakil daripada warga kerja TML yang diketuai oleh Pegawai Kimia Kanan TML, ChM. Noorhafizah Hasanudin dan disambut baik oleh Pengarah PPAG, Prof. Stephen Chia serta Pengurus Makmal PPAG, En. Abdul Mutalib Abdullah.
Tujuan lawatan ini adalah untuk menjalankan sesi perkongsian ilmu dan demonstrasi peralatan yang digunakan untuk menganalisis mineral. Selain itu, staf TML juga berpeluang untuk meninjau kemudahan makmal yang tersedia di PPAG.
Perkongsian ini diharapkan dapat meningkatkan pemahaman serta kemahiran staf TML dalam penggunaan peralatan analisis mineral, sambil mempersiapkan mereka untuk pengoperasian penuh makmal TML pada masa akan datang.
Semoga dengan kerjasama dan perkongsian ilmu antara TML dan PPAG, diharapkan hubungan ini dapat diteruskan dan diperkukuhkan pada masa depan, sekaligus memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak.
 
     
           
           
           
           
           
           
           
           
           
           
           
           
           
           
           
           
           
           
          