Sekitar Mesyuarat Lembaga Pengurusan Menteri Besar Incorporated (Perak) Bil. 2/2024 yang telah dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad merangkap Pengerusi MB Inc. Perak, baru-baru ini.
Mesyuarat tersebut adalah terarah kepada perbincangan berkenaan hala tuju bagi memperkasakan pembangunan industri mineral di negeri Perak serta perkembangan perkara-perkara berkepentingan bersama.
Hadir sama ialah YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin; Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak, Encik Anuar Zainal Abidin; serta barisan Pengurusan Kanan MB Inc. Perak.
Semoga kesepakatan yang dicapai dalam mesyuarat ini akan memacu pembangunan dan pertumbuhan ekonomi di negeri Perak secara holistik sekaligus dapat menyumbang kepada kesejahteraan rakyat negeri Perak.
 
     
          