Sekitar Majlis Riang Ria Aidilfitri 2024 GLC Negeri Perak bersama YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad yang telah diadakan di Laman Seri Ridzuan, Ipoh, baru-baru ini.
Sambutan Aidilfitri yang ke julung-julung kalinya diadakan bersama setiap barisan GLC negeri Perak pada tahun ini mencerminkan semangat perpaduan dan kerjasama yang utuh.
Dalam kesempatan itu, MB Inc. Perak ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Menteri Besar Perak, barisan pentadbiran negeri Perak serta seluruh pihak yang telah menyumbang usaha untuk menjayakan majlis ini.
MB Inc. Perak juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan strategik MB Inc. Perak yang turut hadir memenuhi jemputan pada sambutan gilang-gemilang tersebut.
Semoga menerusi sambutan Aidilfitri tersebut dapat terus memperkukuhkan hubungan silaturahim dan semangat kerjasama yang tinggi pada masa hadapan.