Menteri Besar Incorporated (Perak) telah melaksanakan penyerahan agihan zakat wakalah kepada 50 orang asnaf miskin di sekitar daerah Gerik.
Penyerahan agihan zakat wakalah ini adalah kesinambungan teras program CSR MB Inc. yang memfokuskan kepada bidang sosial yang telah dilaksanakan sebelum ini di daerah Lenggong.
Dalam pada itu, sumbangan sebanyak RM 500 telah diberikan kepada setiap orang asnaf miskin selaras dengan komitmen MB Inc. Perak untuk terus menyantuni pembangunan komuniti dan masyarakat setempat.
Hadir sama menyampaikan sumbangan bagi pihak MB Inc. Perak ialah Pengurus Kanan Amanjaya Global Sdn. Bhd., Tuan Hj. Zul Helmi bin Ghazali; dan disaksikan oleh Setiausaha Politik YAB Menteri Besar Perak, Tuan Mohamad Hamidi bin Baharuddin serta YBhg. Toh Shahbandar Hulu, Dato’ Hj. Mohd Tarmizi bin Idris.
Semoga inisiatif ini dapat memberi faedah jangka panjang dalam usaha berterusan MB Inc. Perak memperkasakan golongan asnaf miskin, sekaligus membuktikan dedikasi dalam menjaga kebajikan semua lapisan masyarakat di negeri Perak.