Sesi lawatan kerja oleh Timbalan Pengerusi Malaysia Tourism Promotion Berhad (MTPB), YBhg. Dato’ Yeoh Soon Hin ke TT5, Tanjung Tualang, baru-baru ini.
Lawatan kerja tersebut adalah terarah untuk mempromosikan produk pelancongan tempatan serta mengukuhkan kerjasama antara agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam membangunkan sektor pelancongan negeri Perak sempena Tahun Melawat Perak 2024.
Hadir sama, YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Tuan Loh Sze Yee; YB Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Puan Jenny Choy Tsi Jen; Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak Management Berhad, Cik Nurmalis Musa; Pengurus Amanjaya TT5 Sdn. Bhd., Encik Shaharin Zainon; serta barisan wakil pegawai daripada Tourism Perak dan ESCAPE Ipoh.
Tidak ketinggalan, para delegasi tersebut turut berkesempatan untuk melawat ikon warisan Kapal Korek TT5 dan merasai produk pelancongan bertaraf dunia baharu di TT5, ESCAPE Ipoh yang telah mula dibuka sepenuhnya kepada pengunjung.
Semoga lawatan kerja yang dilaksanakan dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat dan berharap agar sektor pelancongan negeri Perak akan turut berkembang maju selari dengan hasrat Kerajaan Negeri.