Menteri Besar Incorporated (Perak) turut menyertai Program Bubur Mega Sejahtera Ramadan 2024 anjuran Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Sekretariat Pembangunan Wanita Dan Masyarakat Negeri Perak dan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) bertempat di Bulatan Sultan Azlan Shah, baru-baru ini.
Program tersebut disertai lebih 20 agensi-agensi Kerajaan Negeri yang telah bergotong-royong bagi menyiapkan aneka jenis bubur untuk dikongsikan bersama bersempena bulan Ramadan ini.
Seusai gotong-royong memasak aneka jenis bubur lambuk, program diteruskan lagi dengan berkongsi rezeki mengedarkan bubur lambuk oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Salbiah Mohamed di sekitar kawasan bulatan Meru.
Setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dan semoga program seperti ini dapat diteruskan bagi mengimarahkan komuniti dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan di masa depan kelak.