Sesi Taklimat Pembangunan Semasa Negeri Perak bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah diadakan di Bangunan Perak Darul Ridzuan sempena lawatan rasmi bagi Majlis Berbuka Puasa Madani Peringkat Negeri Perak, hari ini.
Turut hadir, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad; YB Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir; Yang DiPertua Dewan Negeri, YB Dato’ Mohamad Zahir bin Abdul Khalid; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin; barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO); serta barisan Ketua Jabatan dan Agensi Negeri dan Persekutuan.
Sesi taklimat yang telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Perak tersebut adalah terarah kepada pembangunan projek berimpak tinggi dan hala tuju pembangunan industri perlombongan NR-REE Perak yang sekaligus dapat membantu melonjakkan ekonomi negeri Perak.
Turut dibentangkan adalah kepentingan pembangunan infrastruktur, naik taraf dan kemudahan rakyat khususnya bagi mencapai keseimbangan inklusif kepada rakyat khususnya di negeri Perak.
Semoga melalui sesi taklimat tersebut kerjasama sinergi antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan dapat dipertingkatkan dan melangkah sebagai satu pasukan untuk melonjakkan ekonomi negeri Perak ke tahap terbaik.