Menteri Besar Incorporated (Perak) baru-baru ini telah mengadakan satu program bersama warga kerja iaitu “MB Inc. Employee Adventure Challenge @ ESCAPE Ipoh” di Tanjung Tualang.
Program tersebut terarah kepada aspek penting dalam meningkatkan keberkesanan dan kerjasama di kalangan warga kerja MB Inc. serta usaha untuk memperkukuhkan hubungan silaturahim antara warga kerja.
Program ini telah dirangka khas oleh Unit Sumber Manusia dan Pentadbiran MB Inc. untuk memupuk semangat kerjasama, kepercayaan, dan komunikasi di kalangan warga kerja MB Inc. Antara aktiviti yang disertakan dalam program ini termasuk aktiviti menguji fizikal, cabaran kreatif, dan aktiviti berpasukan.
Turut hadir, Pengurus Besar Kanan MB Inc., Encik Kamarulariffin bin Ayub; Pengurus Besar Unit Sumber Manusia dan Pentadbiran MB Inc., Encik Rizam bin Abd Rani; serta Warga Kerja MB Inc.
Dalam pada itu, lokasi yang dipilih iaitu ESCAPE Ipoh juga turut menyediakan platform yang santai dengan mengetengahkan konsep Taman Inspirasi Alam Semulajadi dan akan dijadikan sebagai sebuah “Team Building Village” terbesar di Asia Tenggara yang dibuka kepada pengunjung sepenuhnya pada suku kedua tahun ini.
Semoga dengan perlaksanaan program seperti ini dapat memperkuat dan menyemaikan semangat kerjasama di kalangan warga kerja sepenuhnya, sekaligus menyumbang kepada peningkatan prestasi dan kejayaan bersama MB Inc. di masa depan.