DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Pemasyhuran Lenggong Geopark dan Perasmian Galeri Lenggong Geopark di Dataran Kota Tampan, Lenggong, hari ini.
Turut berkenan berangkat, DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa; DYTM Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Nazhatul Shima Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah; DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah.
Hadir sama mengiringi baginda, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad dan isteri YABhg. Datin Seri Aezer binti Zubin; YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jen. Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara); Yang DiPertua Dewan Negeri, YB Dato’ Mohd Zahir bin Abdul Khalid; YB Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad; YB Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah; YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri Perak, Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin; barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO); serta barisan Ketua Jabatan dan Agensi negeri dan persekutuan.
Pada majlis sama, DYMM Paduka Seri Sultan Perak turut berkenan mencemar duli menandatangani plak simbolik menyempurnakan pemasyhuran Lenggong Geopark.
MB Inc. menzahirkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri di atas pemahsyuran Lenggong Geopark dan perasmian galeri tersebut.
Semoga kelestarian dan nilai-nilai warisan Lenggong sentiasa terpelihara sekaligus mengangkat Warisan Arkeologi Lembah Lenggong sebagai produk pelancongan warisan utama negara.